Seorang wanita berpayung dalam hujan lebat ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette.

KUALALUMPUR – Hujan tahap waspada dijangka berterusan melanda dua negeri sehingga Khamis ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang mengeluarkan amaran itu memaklumkan, negeri yang terlibat iaitu Sarawak dan Sabah.

Di Sarawak antara kawasan yang akan menerima hujan berterusan tahap buruk iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis dan Miri).

Manakala di Sabah, amaran hujan berterusan melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan), serta Kudat sehingga Rabu.

Penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan supaya berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan harta benda akibat cuaca buruk ini.

Orang ramai juga disarankan mengelakkan aktiviti luar yang berisiko tinggi sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast