KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan cuba mengalih isu panggilan lalat yang ditujukan Naib Presiden DAP, Ngar Kor Ming terhadap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh.
Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub mendakwa kenyataan Dr Mahathir yang menyifatkan UMNO sebagai lalat dan Kor Ming pula singa adalah satu kenyataan bertujuan dan sengaja mahu menghina UMNO.
“Dr Mahathir tahu yang dimaksudkan oleh Kor Ming itu ialah kepada Dr Akmal. Kecualilah kalau BM (Bahasa Melayu) difahami secara terbalik seperti keretapi menjadi api kereta.
‘Tapi kerana niat jahatnya dan busuk hatinya kepada UMNO maka dia dengan sengaja memutar maksud Kor Ming itu dengan tujuan menghina UMNO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mustapha berkata demikian mengulas kenyataan terbaharu Mahathir yang menyifatkan pemimpin UMNO didakwa tidak lebih daripada lalat dalam Kerajaan Perpaduan.
Beliau malah membenarkan label ‘lalat dan singa’ yang diguna pakai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming terhadap Dr Akmal.
Semuanya bermula apabila Kor Ming memaklumkan beliau tidak berminat untuk melayan mahupun bergaduh dengan Dr Akmal.
Menurut Kor Ming, beliau tidak akan merendahkan martabatnya dengan melayan kerenah Dr Akmal. – MalaysiaGazette
Lalat? itu jauh lebih baik dari Langau macam Tun M. Berpenyakit dan bawa penyakit (najis)