Polis Daerah Lipis menjalankan pemantauan sempena Op Selamat 23 hari ini.

KUANTAN – Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina, polis daerah Lipis menasihati orang ramai agar lebih berwaspada apabila melalui jalan raya di lima kawasan hotspot di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, ia berikutan kerap berlaku kemalangan maut di lokasi yang telah dikenal pasti itu.

Antaranya di Jalan Lipis-Benta di kilometer 17 (Jalan Benta) dan kilometer 25 (bulatan Benta); Jalan Lipis-Merapoh di kilometer 5 (Dewan Laman Qaseh, Kampung Tempoyang), kilometer 7 (depan IPG Lipis) dan kilometer 18 (Kampung Selendang).

Beliau dalam kenyataan turut memaklumkan terdapat tiga kawasan hotspot sering berlaku kesesakan iaitu di Kilometer (KM) 5 Jalan Lipis-Benta (sekitar Taman Emas); KM 26 Jalan Lipis-Merapoh (Kampung Seberang Jelai) dan KM 55 Jalan Lingkaran Tengah Utama (sempadan Merapoh-Gua Musang).

Justeru, Ismail memberitahu, pihaknya telah menempatkan anggota polis di lokasi-lokasi terlibat untuk memantau aliran trafik selain membantu kelancaran lalu lintas.

“Dalam Op Selamat 23 Tahun Baru Cina 2025 yang bermula hari ini, seramai tiga pegawai kanan dan 20 orang pegawai rendah polis telah ditugaskan bagi tujuan tersebut,” tambahnya.

Ismail turut memaklumkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) akan menumpukan perhatian khusus kepada enam kesalahan trafik utama yang dikenalpasti menjadi penyumbang utama kes kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan.

Antaranya memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan alat komunikasi semasa memandu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here