LONDON – Manchester United berjaya menandatangani Patrick Dorgu dari Lecce dengan yuran perpindahan sebanyak €35 juta termasuk yuran tambahan.
Bek sayap itu mampu beraksi di kedua-dua belah bahagian padang dalam formasi 3-4-2-1 dijangka menjadi pilihan Ketua Jurulatih, Ruben Amorim baki saingan Liga Perdana Inggeris.
Ini kerana dua bek kiri United iaitu Luke Shaw dan Tyrell Malacia kerap mengalami kecederaan.
Dorgu yang berjaya menerobos masuk ke dalam pasukan utama Lecce sejak September 2023 telah membantu kelab itu memenangi kejuaraan kebangsaan Primavera (Bawah 19).
Peningkatan prestasi bersama pasukan Serie A itu menyaksikannya begitu cepat diserap menjadi pemain pilihan dalam pasukan utama.
Dorgu telah merekodkan 32 penampilan pada musim lalu yang mana dua gol dicatatkan dan telah memulakan kempen 2024/25 dalam prestasi yang lebih cemerlang.
Disenaraikan dalam kesebelasan utama dalam 21 daripada 22 perlawanan bersama Lecce pada musim ini, Dorgu telah menyumbang tiga gol dan satu bantuan gol. – Agensi