KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 3.16 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berlaku 11 kilometer barat dari Ranau dengan kedalaman empat kilometer.

“Gegaran dirasai di sekitar Ranau. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut hantaran di laman Facebook MetMalaysia.

MetMalaysia turut meminta orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu agar mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/1cWc2YD8DgWpbDJP7.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya telah menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan dan pemantauan sedang dilakukan.

“Setakat ini tiada laporan kejadian tidak diingini atau kerosakan diterima dan pihak kami sentiasa bersedia atas sebarang kemungkinan,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here