Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

KUALA LUMPUR – Satu Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi yang diurussetiakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Waqaf Malaysia akan dibentuk bagi mendukung komitmen Perdana Menteri membantu membangunkan semula Gaza.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh komitmen Datuk Seri Anwar Ibrahim menggerakkan usaha membina sebuah sekolah, hospital dan masjid di Gaza.

“Jawatankuasa khas ini akan menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri serta rakan-rakan strategik bagi mempertingkatkan kerjasama menyeluruh masyarakat dalam pembangunan semula Gaza,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Na’im turut menyeru orang ramai bersama-sama berdoa agar segala perancangan yang disusun terlaksana dengan jayanya.

“Semoga Allah SWT memberikan limpahan kesejahteraan dan kekuatan kepada rakyat Palestin menghadapi ujian berat ini,” ujarnya.

Hari ini Perdana Menteri mengumumkan bantuan Malaysia dalam pembinaan semula Gaza dan Palestin akan dijalankan menerusi kolaborasi antara rakyat Malaysia dan sektor swasta.

Beliau berkata usaha pembangunan semula Gaza juga melibatkan kerjasama antara kerajaan Jepun dan Malaysia yang berhasrat menubuhkan serta melancarkan dana melalui program Asia Timur selepas gencatan senjata pada Ahad lepas. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Malaysia, Jepun tubuh dana untuk bangunkan semula Gaza

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here