Biarpun serba kekurangan dengan ketiadaan ibu atau bapa, Rumah Anak Yatim Berkat Kasih tetap ceria dan meriah pada hari pertama sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Rumah anak yatim yang terletak di Klang Selangor itu dihuni 24 kanak-kanak dan remaja berumur antara 6 hingga 19 tahun, terdiri daripada 16 lelaki dan 8 perempuan. Mereka dirai dalam satu majlis dengan kedatangan orang ramai bagi memberi sumbangan kepada sebagai tanda kasih sayang dan semangat berkongsi rezeki di musim perayaan.
Gelagat ceria anak-anak yatim turut menceriakan majlis tersebut, yang menunjukkan semangat tinggi dalam menyambut Tahun Bahru Cina. Salah seorang daripada mereka, Benjamin Tan Zhi Li, 19, yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Chung Hua di Taiwan melalui The Organization of Taiwan Education & Cultural di Malaysia, turut menjadi contoh kejayaan yang membanggakan.
Tinjauan Malaysia Gazette di rumah anak yatim ini jelas menunjukkan betapa pentingnya sokongan komuniti dalam membantu golongan yang memerlukan, terutamanya dalam menyambut perayaan besar seperti ini.