Isteri kepada pelakon dan pelawak yang dikenali sebagai Along Cham, Afreena Suhaimi.

KUALA LUMPUR – Polis telah menerima laporan daripada seorang wanita yang juga isteri kepada pelawak, Along Cham mengenai kes penipuan melibatkan wang hampir RM100,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, laporan itu dibuat oleh wanita terbabit iaitu, Afreena Suhaimi di Kajang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

“Isterinya (Afreena) buat laporan ditipu seseorang dan kes berkenaan sedang disiasat polis,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Afreena telah tampil membuat laporan polis terhadap individu dikenali sebagai Ika atas dakwaan menipu wang berjumlah RM95,180.

Menerusi perkongsian Afreena di media sosialnya, wang tersebut diserahkan dengan tujuan membantu membebaskan suaminya daripada tahanan.

Susulan itu, dia tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang semalam untuk melaporkan perkara tersebut selain yakin kebenaran akan terungkap.

“Selesai buat laporan polis, seleweng RM100,000? Kebenaran akan menang pada akhirnya,” katanya menerusi Instagram Story.

Dalam hantaran sama, Afreena turut berkongsi tangkap layar perbualan dengan seorang individu menerusi Instagram yang mendakwa turut menjadi mangsa penipuan Ika. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here