Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Jepun akan menubuhkan dana melalui kegiatan Asia Timur bagi program pembangunan semula Gaza dan Palestin susulan gencatan senjata yang telah dicapai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia selepas kerajaan Malaysia mendapat maklum balas daripada Jepun.

“Kerajaan dan Menteri Luar Negeri telah mendapat kepastian segerakan pelaksanaan program pembangunan semula Gaza dan Palestin atas usaha bersama kerajaan Jepun serta Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Manakala bagi pihak negara ini sendiri, Anwar berkata, Malaysia akan menjayakan usaha bersama rakyat dan sektor swasta untuk memulakan pembinaan sekolah, rumah sakit dan masjid.

Sebelum ini, Malaysia akan bekerjasama dengan Jepun bagi menyegerakan pembangunan semula Gaza berikutan gencatan senjata yang telah dicapai.

Anwar dilaporkan berkata, beliau akan menghubungi rakan sejawatannya Shigeru Ishiba untuk membincangkan perkembangan mutakhir itu.

Tambah Anwar, Ishiba juga telah meminta Malaysia menjadi pengerusi bersama dengan Jepun bagi inisiatif negara itu menganjurkan persidangan mengenai kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) pada Julai ini, khususnya berkaitan pembangunan semula Gaza. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here