Foto IG Neymar.

LONDON – Bintang bola kontroversi, Neymar mengesahkan kepulangan ke kelab pertamanya, Santos selepas 12 tahun berkelana di luar negara.

Dia meninggalkan Santos pada tahun 2013 bagi meneruskan karier di Barcelona dan Paris Saint Germain.

Namun kariernya di luar berakhir selepas kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal menamatkan kontraknya yang menyaksikan dia hanya bermain tujuh perlawanan susulan kecederaan ACL dan menjaringkan satu gol.

“Selamat kembali pemain kita Ney! Budak dari Vila (Belmiro, Stadium Santos). Pulang untuk bergembira semula dengan jersi hitam putih. Santos menanti anda dengan tangan terbuka,” tulis Presiden Santos, Marcelo Teixeira di kelab itu.

Teixeira turut berkongsi video sewaktu Neymar masih remaja dan menikmati kariernya di Santos dengan rakaman dia menjaringkan dan meraikan gol.

Santos antara kelab gergasi Brazil dengan lapan gelaran nasional, 22 liga wilayah di Sao Paulo dan tiga mahkota Copa Libertadores – kejohanan setaraf Liga Juara-Juara di Amerika Selatan.

Legenda-legenda Brazil seperti Pele, Carlos Alberto, Coutinho, Zito dan ramai lagi pernah mewarnai Vila Belmiro dan Santos bukan nama asing di pentas Eropah pada era 60-an.

Neymar memulakan karier profesionalnya di Santos pada tahun 2009 dan membantu mereka menjuarai Copa Libertadores pada tahun 2011. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here