SHAH ALAM – Insiden seorang penunggang motosikal yang bergelut dengan anggota polis trafik sebelum melarikan diri dalam sekatan jalan raya di Persiaran Batu Belah, Bukit Raja di Klang semalam sedang giat dicari hari ini.
Media melaporkan, Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, ketika ini pihaknya sedang mengesan suspek warga tempatan yang melarikan diri menggunakan sebuah motosikal jenis Honda RS150.
“Kes ini sedang mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Fadzli Abdullah di talian 017-584 3860. – MalaysiaGazette