Legasi kicap Hup Teck yang diusahakan secara tradisional lebih satu abad lalu di Kampung Rawa Baru kini akhirnya ‘melabuhkan tirai’.
Kilang pembuatan kicap yang beroperasi sejak tahun 1914 diasaskan oleh bapanya, Low Kong, seorang imigran dari Guangzhou, China.
Pak Tong adalah generasi kedua meneruskan legasi perniagaan itu selepas bapanya meninggal dunia pada tahun 1983. Tidak meneruskan operasi kilang atas faktor usia dan kesihatan, selepas tiada pewaris yang mahu untuk menyambung perniagaan warisan selama 111 tahun itu.
Bagaimanapun, Pak Tong sedia membuat stok kicap terakhir sebanyak 150 botol bagi memenuhi permintaan pelanggan setianya yang sudah membuat tempahan.