MCA Johor tampil memohon maaf khususnya kepada seluruh umat Islam atas perkongsian status menghina dan memperlekeh agama Islam dalam Facebook parti tersebut, Ahad lalu.
MCA Johor dalam satu kenyataan memberitahu, hantaran itu dibuat tanpa sengaja oleh seorang pentadbir Facebook parti berkenaan.