KUALA LUMPUR – Sebuah rumah di tingkat 22 di Kenangan Point Condo, Jalan San Peng di sini musnah terbakar malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada MERS 999 pada pukul 10.01 malam.
Susulan itu, seramai 24 pegawai bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan Pudu dikejarkan ke lokasi kejadian bersama beberapa jentera.
“Komander Operasi Kanan, Mohd Suhaimi Mohd Razali memaklumkan setibanya pasukannya di lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah di tingkat 22 dengan keluasan 20×40 kaki persegi mengalami kemusnahan 100 peratus.
“Tindakan operasi pemadaman menggunakan kaedah pemadahaman secara offensive dan defensive bagi mengawa kebakatan daripada merebak ke bahagian lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya lagi, operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada pukul 11.27 malam dan tiada mangsa terlibat dalam insiden itu.
Bagaimanapun, punca kebakaran masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette