Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan . Abdul Fattah bersama penerima Anugerah Cemerlang dan Pelajar Pembiayaan Yayasan ANGKASA dalam satu majlis di Wisma Ungku A. Aziz,

KUALA LUMPUR – Seramai 199 orang pelajar istitusi pengajian tinggi (IPT) menerima pembiayaan pendidikan Yayasan Angkasa dengan jumlah pembiayaan sebanyak
RM2.72 juta.

Pengerusi Yayasan Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, penerima pembiayaan pendidikan yayasan ini terdiri daripada pelajar bagi pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda serta pelajar separuh masa yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Katanya, bagi tahun 2024 seramai 60 orang pelajar cemerlang dari pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) menerima biasiswa pendidikan Yayasan ANGKASA berjumlah RM477,390.

“Seramai 24 orang pelajar kelas pertama peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda (sepenuh masa) sesi 2023/2024 telah menerima biasiswa penuh, dan seorang pelajar Anugerah Pelajar Lulus Cemerlang (Kategori Pengajian Jarak Jauh) manakala selebihnya adalah pelajar kelas kedua yang menerima 60 peratus tajaan.

“Sejak tahun 2000 hingga 2024, seramai 1,898 pelajar telah menerima tajaan, pembiayaan dan biasiswa membabitkan jumlah pembiayaan bernilai lebih RM34.95 juta.

Katanya, Angkasa berharap pembiayaan ini dapat menyuntik semangat pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh khususnya untuk memperoleh biasiswa penuh,” katanya.

Pada majlis sama, Yayasan Angkasa turut menghargai penyumbang dana pendidikan yayasan ini.

Abdul Fattah berkata, sumbangan dana pendidikan ini digunakan 100% untuk pembiayaan boleh ubah dan program-program pembangunan pelajar.

“Yayasan Angkasa mengalu-alukan sumbungan dana daripada individu, koperasi dan badan korporat untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan modal insan dan taraf pendidikan warga Koperasi. Sumbangan boleh disalurkan melalui beberapa kaedah seperti sumbangan individu dan sumbangan daripada koperasi dan badan korporat.

“Semua sumbangan dana kepada Yayasan ANGKASA akan memperolehi pelepasan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44 (6) akta cukai pendapatan 1967,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here