WASHINGTON – Terdapat 60 penumpang dan empat anak kapal dalam pesawat American Airlines yang bertembung helikopter dan terhempas di Sungai Potomac ketika sedang menghampiri Lapangan Terbang Ronald Reagan di Washington.
Enam mayat telah ditemukan termasuk empat orang dijumpai di Sungai Potomac.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat mengesahkan nahas tersebut.
FAA berkata, perlanggaran di udara itu berlaku sekitar jam 9 malam. EST (0200 GMT Khamis), melibatkan Penerbangan 5342 yang telah berlepas dari Wichita, Kansas, dan sebuah helikopter tentera Blackhawk.
Susulan nahas itu, semua penerbangan berlepas dan mendarat di lapangan terbang tersebut digantung. – Agensi