Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) memaklumkan ‘Smart Lane’ telah diaktifkan di beberapa lokasi  Lebuhraya PLUS sejak am 8 pagi tadi  hingga 10 malam ini.

Kawasan terlibat ialah di KM 194.8 – KM 184.4 arah selatan (Ayer Keroh ke Jasin); KM 174.0 – KM 180.3 arah utara (Tangkak ke Jasin); KM 303.2 – KM 297.0 arah utara (Gua Tempurung ke Gopeng).

Selain itu, KM 244.0 – KM 248.0 arah utara (Pedas Linggi ke Senawang); KM 259.6 – KM 263.1 arah utara (Port Dickson ke Seremban); KM 289.4 – KM 292.6 arah utara (Putra Mahkota ke Southville City); KM 437.1 – KM 443.1 arah selatan dan utara (Sg Buaya ke Rawang).

Kilometer 280.0 – KM 276.0 arah selatan  (Nilai ke Bandar Ainsdale) dan KM 367.3 – KM 354.0 arah utara (Slim River ke Sungkai).

Tambahnya, trafik keseluruhannya masih bergerak lancar di kedua-dua arah di semua lebuh raya utama menghala ke utara, selatan dan timur Semenanjung.

Berdasarkan hantaran LLM di laman Facebook pada jam 9.31 pagi tadi, pergerakan kenderaan di kedua-dua arah masih lagi baik walaupun ada penambahan kenderaan.

“Cuaca hari ini juga dalam kenderaan baik,” katanya dalam hantaran itu.

LLM turut menasihati orang ramai untuk merancang perjalanan sebaik mungkin bagi mengelakkan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

Selain itu, pastikan baki kad bayaran tol dalam mencukupi dan patuhi undang-undang di jalan raya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here