Keadaan motosikal mangsa yang terbabas di Jalan Taman Merdeka, Melaka petang semalam.

MELAKA – Sambutan Tahun Baharu Cina bagi seorang warga emas berakhir tragedi apabila dia maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Taman Merdeka, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.20 petang itu, mangsa, Tay Chah Lee, berusia 78 tahun yang bekerja sebagai tukang kayu disahkan maut ditempat kejadian oleh petugas perubatan akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 sedang dalam perjalanan dari arah Taman Merdeka menghala ke Batu Berendam.

“Sebaik tiba tempat kejadian motosikal ditunggangi dipercayai  hilang kawalan lalu terbabas ke arah kiri jalan dan melanggar sebatang pokok.

“Akibatnya mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh petugas kesihatan akibat parah di kepala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, waris si mati telah dimaklumkan oleh pegawai penyiasat untuk membuat pengecaman mayat di Forensik Hospital Melaka dan untuk tujuan proses bedah siasat.

“Polis sedang mengesan saksi kejadian yang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here