APM Besut menangkap ular seberat 130 kilogram di 130KG di Kampung Batu 13.

JERTIH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut menangkap lebih 400 ekor ular pelbagai spesies sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).

Pegawai Operasi APM Daerah Besut Mohd Fazli Mat Yusof berkata, jumlah tangkapan itu direkodkan bermula November lepas hingga Januari tahun ini.

“Jumlah tangkapan yang tinggi sepanjang musim itu kerana reptilia berkenaan cenderung mencari tempat berlindung apabila habitatnya dipenuhi air.

“Justeru itu, hidupan berkenaan mencari tempat berlindung termasuk di rumah atau kawasan kediaman penduduk,” katanya ketika ditemui di Pejabat APM Daerah Besut di sini hari ini.

Beliau berkata, antara spesies ular yang banyak ditangkap ialah ular sawa batik, ular  sawa tikus, ular senduk sembur, ular sudu liar dan ular gading wat. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here