Kerja-kerja pemadaman api sedang dijalankan di Four Seasons Hotel Des Bergues . foto AFP

GENEVA – Hotel mewah tertua di tengah-tengah bandar ini terbakar, memaksanya para tetamunya dipindahkan.

Asap kelihatan berkepul-kepul kelihatan dari Four Seasons Hotel Des Bergues yang dibuka pada tahun 1834.

Hotel lima bintang itu dianggap sebagai mercu tanda penting bandar ini.

Anggota bomba menggunakan kren untuk memadamkan api di atas bumbung.

Media tempatan melaporkan, system penggera dibunyikan sekitar 9.30 malam (2030 GMT) selepas kebakaran dikesan di loteng dan merebak di sebuah perpustakaan di tingkat enam, berhampiran salah satu restoran hotel itu.

Kebakaran itu berjaya dikawal tetapi anggota bomba masih berusaha untuk memastikan tiada kemungkinan percikan api mencetuskan lagi kebakaran, lapor media tempatan.

Usaha juga telah dibuat untuk mengelakkan kerosakan air di hotel mewah itu, tambahnya.

Tiada siapa yang cedera, kata akhbar Switzerland 20 Minutes, memetik kenyataan pengarah hotel, Pedro Nora.

Para tetamu sedang ditempatkan di hotel berdekatan.

Hotel des Bergues telah menganjurkan beberapa acara berprofil tinggi, termasuk mesyuarat sulung Liga Bangsa-Bangsa pada tahun 1920.

Ia juga merupakan tempat rumah lelong Christie’s yang menganjurkan jualan barang kemas mewahnya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here