ACP Naazron Abdul Yusof

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri ditahan kereya disyaki mendera anak kandung mereka hingga maut, semalam.

Penahanan itu dibuat selepas polis menerima laporan dari Hospital Kajang berkaitan kematian kanak-kanak perempuan tujuh tahun itu jam 1.11 pagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihak hospital memaklumkan mangsa yang dibawa oleh ibu bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri telah meninggal dunia di wad kecemasan zon merah di hospital tersebut.

Susulan itu, bedah siasat dijalankan pada jam 12.30 tengah hari semalam.

“Hasil bedah siasat itu menemukan banyak tanda kesan dera lama dan baharu pada fizikal mangsa dan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan di perut akibat objek tumpul,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kedua-dua suspek berusia 38 dan 40 ditahan untuk permohonan reman di Mahkamah Kajang hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Asisten Superintenden Nur Ayuni Abd Aziz di talian 016-2080717,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here