KUALA LUMPUR – Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Bintulu ditutup sementara bermula 30 Januari 2025 sehingga dimaklumkan kelak.
Tindakan itu ekoran penutupan bekalan elektrik di bangunan terbabit sebagai langkah keselamatan susulan peningkatan paras air banjir.
Ahli-ahli yang telah membuat janji temu di pejabat KWSP Bintulu dinasihatkan untuk menjadualkan semula urusan mereka selepas keadaan banjir mulai pulih.
Untuk transaksi yang mustahak, ahli dinasihatkan untuk berurusan secara dalam talian melalui i-Akaun untuk perkhidmatan terpilih. – MalaysiaGazette