Penduduk Gaza menuju ke utara untuk pulang ke tempat masing-masing selepas lebih setahun menjadi pelarian. foto media sosial

GAZA – Lebih 500,000 penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal telah kembali ke utara Gaza dalam tempoh 72 jam yang lalu, kata pejabat media kendalian Hamas.

“Lebih setengah juta (500,000) penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal telah kembali dalam tempoh 72 jam lalu dari gabenor selatan dan tengah ke Gaza dan gabenor utara melalui jalan Al-Rasyid dan Salah Al-Din,” kata pejabat media dalam satu kenyataan.

Israel mula membenarkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal kembali ke utara Semenanjung Gaza pada hari Isnin, berikutan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas yang menghentikan pertempuran selama 15 bulan.

Sayap bersenjata Hamas, Briged Al-Qassam berkata, ia akan membebaskan tiga tahanan Israel pada Khamis.

Radio awam Israel pua melaporkan Israel akan membebaskan 110 tahanan Palestin sebagai pertukaran.

Pihak berkuasa kesihatan Gaza berkata, hospital menerima 63 mayat dalam tempoh 24 jam yang lalu, termasuk 59 daripada runtuhan, dua maut akibat kecederaan, dan dua kematian baharu.

Angka ini menjadikan jumlah kematian sejak 7 Oktober 2023 meningkat kepada 47,417, dengan 111,571 cedera. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here