Gambar hiasan.

SEREMBAN, 30 Jan (Bernama) — Percutian sekumpulan pekerja dari Klang, Selangor bertukar tragedi apabila seorang daripadanya ditemukan lemas ketika mandi-manda di Pantai Batu 5, Port Dickson dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin berkata, mayat lelaki warga Pakistan berusia 20-an yang juga pekerja bengkel itu ditemukan selepas polis menerima maklumat daripada orang awam kira-kira 12.20 tengah hari.

Beliau berkata, mangsa bersama rombongan menaiki tiga bas ke Port Dickson pada 9 pagi sebelum mereka melakukan aktiviti di pantai berkenaan.

“Sekitar 12 tengah hari mangsa berenang ke tengah untuk mengambil bola dan hanyut. Mangsa dikatakan terkapai-kapai dan lemas sebelum mayatnya ditemukan pada 3.12 petang oleh pasukan penyelamat.

“Mayat kemudian dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata mangsa dikenali sebagai Wasif Shehzad dan mayatnya ditemukan kira-kira 100 meter dari pesisir Pantai Batu 5, Port Dickson. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here