Kemalangan jalan raya melibatkan dua kereta bergesel di Jalan Air Putih, Taiping, awal pagi Khamis. Foto JBPM Perak

TAIPING – Lima mangsa berdepan detik cemas apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua kereta bergesel di Jalan Air Putih, dekat sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 1.39 pagi.

Katanya, sejurus selepas itu lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping diatur gerak ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja-kerja menyelamat.

Menurut beliau, pasukan bomba tiba di lokasi mendapati kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Saga Aeroback dan Honda City yang dipercayai berlanggar antara satu sama lain.

“Empat mangsa yang berada dalam kereta Proton Saga Aeroback terdiri daripada dua lelaki dewasa, serta dua kanak-kanak masing-masing lelaki dan perempuan telah dibawa keluar oleh orang awam sebelum bomba tiba.

“Sementara seorang lelaki pemandu Honda City yang berusia 35 tahun yang masih berada dalam bangkai kenderaan itu mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Kata Sabarodzi, pasukan bomba membawa keluar lelaki tersebut daripada kenderaan berkenaan dengan mengaplikasikan konsep SAVER atau Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap.

Tambah beliau, mangsa yang berjaya dibawa keluar mengalami kecederaan pada tangan sebelum diberi rawatan awal dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) I (TBK), Mohd Mustapha Ismail tamat pada jam 2.35 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here