WASHINGTON- Terdapat kemungkinan tiada mangsa yang selamat dalam nahas udara membabitkan sebuah pesawat komersial dengan helikopter Blackhawk milik tentera Amerika Syarikat, berhampiran Lapangan Terbang Reagan di Washington.
Menurut laporan Xinhua, perkara itu diumumkan Ketua Jabatan Perkhidmatan Kebakaran dan Perubatan Kecemasan Washington, John Donelly dalam satu sidang media hari ini.
Nahas udara yang berlaku sekitar 9 malam (0200 GMT Khamis) melibatkan sebuah pesawat serantau yang berlepas dari Wichita, Kansas dan sebuah helikopter tentera, Blackhawk.
Setakat jam 11 pagi Khamis (1600 GMT), Lapangan Terbang Kebangsaan Reagan masih ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja mencari dan menyelamat. -Agensi