Pemandu kereta yang merempuh pagar sebuah tadika di Paya Luboh, Tangga Batu di sini malam tadi rupanya membawa dadah. Foto Ihsan- JBPM Melaka

MELAKA – Pemandu kereta yang merempuh pagar sebuah tadika di Paya Luboh, Tangga Batu di sini malam tadi rupanya membawa dadah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kesalahan itu disedari anggota polis yang membuat pemeriksaan terhadap lelaki berusia 56 tahun itu sebaik tiba di lokasi nahas pada pukul 11.39 malam.

Christopher Patit

Menurutnya, pemeriksaan di badan pemandu kereta jenis Nissan Teana itu menjumpai satu peket plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin berat kasar 15.46 gram dalam poket kanan seluar jeans dipakai suspek.

“Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan kesihatan sebelum disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan.

“Anggota polis kemudian merampas barang kes dan menangkap suspek sebelum di bawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Melaka Tengah,” katanya.

Tambahnya, semakan mendapati suspek juga mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Saringan ujian air kencing bagaimanapun gagal dibuat kerana suspek gagal beri sampel air kencing.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan  hukuman mati atau penjara seumur hidup,” katanya – MalaysiaGazette.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here