Loganesen (kiri) dan Sathieswaran dicari bantu siasatan kes dadah di IPD Timur Laut.

GEORGE TOWN – Polis Daerah Timur Laut sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad dalam kenyataan memaklumkan mereka dikenali sebagai C. Loganesen, 28, dan CS. Sathieswaran, 27 tahun.

“Mereka merupakan saksi penting bagi siasatan dan tangkapan kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali dua saksi ini diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Mohd Adi Uzairi Mohd Basri di talian 018 270 4736.

“Selain itu, maklumat juga boleh disampaikan dengan menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotok Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here