KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang didakwa mengugut pelawak terkenal, Harith Iskander dan keluarganya akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur esok.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang mengesahkan perkata itu berkata, suspek berusia 31 tahun akan didakwa essok pagi.
“Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya secara ringkas ketika dihubungi.
Sebelum ini, polis telah menahan suspek pada 25 Januari lalu selepas satu laporan dibuat oleh pengurus pelawak itu di Balai Polis Dang Wangi dua hari lalu.
Razarudin melaporkan, pada kejadian pertama, Harith dihubungi oleh suspek jam 11.21 pagi pada hari Selasa ketika dia berada di Semua House, Jalan Bunus 6, Masjid India.
“Suspek telah mengugut untuk membunuhnya dengan cara kasar selepas mangsa mengeluarkan kenyataan mengenai isu ham.
“Dalam kejadian kedua sekitar jam 3 petang, pengurus Harith berada di sebuah restoran di Jalan Bunus 6 menerima mesej bergambar yang didakwa mengugut anak-anak Harith,” ujarnya
Berikutan itu, suspek direman hingga 28 Januari bagi membantu siasatan lanjut atas kesalahan ugutan jenayah dan menghina kehormatan seseorang di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette