Hamzah.

SEBERANG PERAI –  Polis Pulau Pinang siap siaga dalam pelbagai aspek termasuk mengawal keselamatan dan lalu lintas bagi menghadapi pelbagai program serta mesyuarat sepanjang persidangan ASEAN di negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad berkata, menjadi tanggungjawab pihaknya untuk memastikan Pulau Pinang berada dalam keadaan selamat supaya tidak menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai terutamanya pengunjung dan delegasi dari luar negara.

“Kita telah mengadakan beberapa mesyuarat perancangan termasuk sesi bersama pihak berkuasa tempatan berhubung perkara ini.

“Buat masa ini, kita tidak menghadapi sebarang masalah dan kita yakin mempunyai kemampuan untuk menangani isu keselamatan dan lalu lintas semasa mesyuarat ASEAN nanti,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai persiapan pihak polis dalam menghadapi program serta mesyuarat sepanjang Kepengerusian ASEAN di Pulau Pinang.

Tambah Hamzah, bagi memastikan kelancaran, pihak berkuasa akan menugaskan sejumlah pegawai dan anggota keselamatan di kawasan-kawasan utama.

“Kita juga percaya sumber tenaga kontinjen Pulau Pinang sudah mencukupi untuk menguruskan segala keperluan semasa acara berlangsung,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Pulau Pinang bakal menjadi tuan rumah kepada 13 mesyuarat utama sepanjang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, melibatkan perbincangan pada peringkat kerja, pegawai kanan, dan menteri yang akan dijalankan oleh tujuh kementerian.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Pulau Pinang, Datuk Abdul Kahar Abdullah berkata, mesyuarat-mesyuarat itu meliputi pelbagai bidang kerjasama strategik antara negara anggota ASEAN, merangkumi aspek keselamatan, ekonomi, pelaburan, perdagangan, pendidikan, dan pembangunan belia.

“Tujuh kementerian yang terlibat ialah Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kewangan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Belia dan Sukan, serta Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya.

Malaysia mengambil alih peranan Pengerusi ASEAN 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, melambangkan aspirasi untuk membimbing blok serantau berusia 58 tahun ini ke arah masa depan yang lebih bersatu, dinamik, dan mampan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here