Dr Muhammad Akmal Saleh

MELAKA – Pemuda UMNO mahu perniagaan di Jalan Hang Tuah, di sini, mengutamakan teras konsep budaya Melayu dan bukannya beridentitikan China Town.

Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, Melaka ketika ini sudah mempunyai Little India di Jalan Bendahara dan China Town di Jonker Walk untuk kaum India dan Cina.

“Jadi lebih baik kita bangunkan kawasan Jalan Hang Tuah dengan konsep budaya Melayu, (itu) lebih utama dan elok.

“Yang penting peniaga dan rakyat Melaka dapat rasai pembangunan ekonomi negeri,” katanya menerusi kenyataan melalui Facebook (FB) rasminya, hari ini.

Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata demikian mengulas tindakan DAP Melaka yang tetap akan meneruskan cadangan untuk mewujudkan pasar malam berkonsepkan Jonker Walk di Hang Tuah Mall, di sini, biar pun mencetuskan pelbagai kontroversi dalam kalangan masyarakat.

Setiausaha Organisasinya, Low Chee Leong hari ini berkata, pasar malam seperti Jonker Walk atau Jonker Walk 2.0 itu bagaimanapun bukannya menggunakan nama terbabit, malah peniaga juga terdiri daripada pelbagai kaum dan bukan didominasi kaum Cina sahaja.

Cadangan konsep atau jenama Jonker Walk 2.0 yang dibawa ke Jalan Hang Tuah itu jelasnya adalah untuk merancakkan ekonomi bukannya mahu tukar nama atau tutup jalan ini daripada nama asalnya.

Mengulas lanjut, Dr Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri turut berterima kasih atas cadangan DAP itu.

“Terima kasih…tetapi keutamaan konsep untuk dibangunkan kawasan itu mesti berteraskan konsep budaya Melayu, noktah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here