Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

PUTRAJAYA – Semua pihak termasuk menteri bukan Islam Kerajaan Perpaduan diingatkan agar jangan salah membuat kenyataan yang melibatkan sensitiviti umat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menegaskan, peringatan tersebut perlu diambil serius supaya setiap kenyataan dibuat oleh mana-mana pihak tidak membawa kepada perpecahan perpaduan rakyat di negara  ini.

“Saya hormat  (gesaan Majlis Ulama UMNO), Malaysia adalah negara pelbagai  agama dan bangsa, soal sensitiviti agama saya selalu tekankan kita tak nak salah buat kenyataan.

“Nasihat saya supaya kita berhati-hati dalam setiap kenyataan yang kita buat, peringatan itu termasuk untuk diri saya juga supaya berhati-hati dalam dalam dalam setiap kenyataan,” katanya kepada media selepas menghadiri program Zikir Akhbar Madani di Masjid Sultan Mizan, malam tadi.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Jelas beliau, salah faham dalam kenyataan yang dikeluarkan perlu dielakkan supaya ia tidak mencetuskan persepsi negatif dan menjadi ‘tunggangan’ pihak lain.

Mohd Na’im mengulas pertanyaan media mengenai teguran Majlis Ulama UMNO supaya menteri bukan Islam dalam Kerajaan Perpaduan lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan melibatkan isu agama.

Kenyataan satu muka surat oleh Majlis Ulama UMNO itu merujuk isu sandwic ‘ham dan cheese’ yang menggunakan logo halal palsu serta penjualan arak di kawasan majoriti orang Islam di Ipoh, yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan pemimpin rentas parti.

Kontroversi ‘sandwich ham and cheese’ bermula apabila Universiti Malaya (UM) mengarahkan penutupan dua premis kedai serbaneka 24 jam dalam kampusnya susulan dakwaan penemuan produk pek sandwich yang diragui status halalnya.

Berikutan itu, Jakim mengesahkan ‘sanwich ham and cheese’ yang dijual di kedai serbaneka di UM tidak mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang menyentuh isu kontroversi itu dengan berkata, ‘ham’ hanya merujuk kepada daging yang telah diawet dan terdapat ham ayam belanda atau ham ayam yang sesuai untuk dimakan. – MalaysiaGazette

Menteri bukan Islam perlu hati-hati bercakap mengenai Islam – Majlis Ulama UMNO

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here