Hamzah menyampaikan cenderamata kepada pengguna jalan raya pada Majlis Advokasi sempena Op Selamat 23/2025 Tahun Baharu Cina Peringkat PDRM Kontinjen Pulau Pinang di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang hari ini.

SEBERANG PERAI – Polis kini menunggu arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut berhubung siasatan kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, kertas siasatan kes berkenaan sebelum ini telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan kini menunggu arahan daripada AGC.

Hamzah.

“Kita dah serahkan kertas siasatan tersebut (kes anak menteri didakwa ugut wanita) dan kini masih menunggu arahan susulan daripada pihak terbabit (AGC),” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Advokasi sempena Op Selamat 23/2025 Tahun Baharu Cina Peringkat PDRM Kontinjen Pulau Pinang di Plaza Tol Sungai Dua arah Selatan, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri Kabinet, sekali gus menunjukkan polis tidak berkompromi atau melindungi pihak yang melakukan kesalahan.

Katanya, polis juga sudah merakam percakapan semua pihak terbabit dalam kes berkenaan dan kertas ini dirujuk kepada pejabat TPR pada 6 Januari lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here