Para penumpung kelihatan menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter untuk pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di KL Sentral, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 JUN 2018

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) meningkatkan kawalan menerusi rondaan polis bantuan khususnya di kawasan panas (hotspot) berikutan pencerobohan landasan yang berlaku baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd Zain Mat Taha berkata,  pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi memastikan pematuhan peraturan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang.

“Langkah ini diambil bagi memperkasakan akta sedia ada dalam usaha membendung isu pencerobohan di landasan.

“Keselamatan penumpang dan operasi perkhidmatan kereta api sentiasa menjadi keutamaan kami,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, beliau kesal dengan kejadian gangguan perkhidmatan KTM Komuter pada Selasa lalu akibat terlanggar lima lelaki yang menceroboh masuk ke landasan kereta api.

Ketika kejadian tren Komuter 2110 yang berlepas dari Stesen Jalan Kastam pada 6.39 pagi terpaksa dihentikan selepas melanggar penceroboh di Kilometer 34.734 antara Teluk Pulai dan Klang.

Insiden berkenaan menyebabkan kelewatan lebih 60 minit.

Seramai 200 penumpang yang terjejas dibawa ke Stesen Klang dengan bantuan polis bantuan dan kakitangan KTMB sebelum menaiki bas perantara ke Stesen Subang Jaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here