Seorang lelaki yang disyaki membuat ugutan kepada seorang pelakon dan pelawak, Harith Iskander dan keluarganya tiba untuk didakwa di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 31 JANUARI 2025

KUALA LUMPUR – Lelaki yang didakwa mengugut pelawak, Harith Iskander dan keluarganya hari ini didakwa di Mahkamah Majistret, di sini.

Lelaki itu yang dikawal ketat polis tiba di mahkamah pada jam 9.10 pagi dan akan didakwa di hadapan Majistret Mageswary Subramaniam.

Harith bersama bekas isteri, Dr Jezamine Lim dan seorang peguam tiba pada jam 8.30 pagi.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek berusia 31 tahun akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Pada 25 Januari lalu, polis menahan suspek selepas satu laporan dibuat pengurus pelawak itu di Balai Polis Dang Wangi dua hari sebelum itu. – MalaysiaGazette

Suspek ugut Harith Iskander akan didakwa esok

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here