Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II KUP Yusri Mat Ghani berkata, Ahmad Ammar Rafaeil Ahmad Ridtauden sedang mandi di pantai itu bersama tiga rakan yang lain sebelum dihanyutkan ombak dan arus deras pada kira-kira 6.15 petang.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Sistem Mers 999 dan lapan anggota dikerahkan untuk melaksanakan operasi mencari serta menyelamat yang turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pengkalan Kubor, Tumpat.

“Mayat ditemui anggota kami pada jarak satu kilometer dari tempat mangsa lemas sebelum dibawa ke tepi pantai,” katanya dalam kenyataan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here