KUALA LUMPUR – Datuk Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil dilantik semula sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkuatkuasa pada 3 Februari 2025 hingga 2 Februari 2028.
Beliau telah dilantik semula oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mohamed Azam memulakan perkhidmatannya di IKIM sebagai Ketua Pengarah pada 3 Februari 2022.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda bidang syariah dari Universiti Malaysia pada tahun 1990, sebelum memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang undang-undang pada 2007 dari School of Oriental and African Studies, University of London.
Kerjayanya dalam dunia akademik bermula di Universiti Teknologi Mara dari tahun 1990 hingga 2020. – MalaysiaGazette