KEPALA BATAS – Polis sedang giat mengesan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes penculikan di kawasan Bertam Perdana di sini pada tahun 2018.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman berkata, kedua-dua suspek yang masih bebas itu dikenali sebagai Haslaili Abdul Aziz, 44, dan Mohd Aliff Idris, 41.
“Pihak polis telah menerima satu perintah daripada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk mengesan dan menangkap kedua-dua suspek yang masih bebas. Waran tangkap telah dikeluarkan pada 26 Sept 2024,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Sehubungan itu, Anuar memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek itu diminta menghubungi pegawai penyiasat di talian 011-6331 9773 atau 04-5762 222 (sambungan 2265). – BERNAMA