SINTOK – Langkawi bakal menjadi medan perbincangan intelektual apabila 24 cendekiawan dan profesional Muslim, termasuk 17 pakar antarabangsa dan tujuh tempatan berkumpul dalam Persidangan Antarabangsa Langkawi 2025 bermula 1 hingga 2 Februari 2025.
Dekan Pusat Pengajian Perakuanan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) Prof Dr Ram Al Jaffri Saad berkata, persidangan ini dianjurkan oleh International Khayr Ummah Foundation dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), dan Universiti Teknologi MARA.
Katanya, persidangan ini diadakan seiring dengan faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang disokong oleh Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang semakin relevan dalam pelbagai bidang untuk mencapai kesejahteraan sejagat.
Sehubungan itu, cendekiawan dan ulama ini di jemput sebagai penceramah untuk memberikan pandangan mereka dalam konteks Islam.
Penceramah yang dijemput ialah Dr. Zakir Naik (Malaysia), Dr. Omar Suleiman (USA), Dr Muhammad Salah (Egypt), Sheikh Yusuf Estes (USA), Sheikh Assim Al-Hakeem (Saudia Arabia), Dr Sajid Umar (UK), Shaikh Yusuf Estes (USA) dan Sheikh Abdul Raheem Green (UK).
Selain itu, Dr Bilal Philips (Canada), Dr Ahmed Ibn Saifuddin (Saudi Arabia), Shaikh Waleed Basyouni (USA), Shaikh Abdur Raheem McCarty (USA), Shaikh Saeed Rageah (Canada), Shaikh Alaa Al Sayed (Canada), Dr Haitham Al Haddad (UK), Shaikh Hussain Yee (Malaysia), Shaikh Yusuf Idris (sudan), Shaikh Shadi Al Suleiman (Australia) dan Shaikh Fariq Naik (Malaysia).
Acara ini terbuka kepada semua peserta secara percuma dan pengunjung digalakkan membawa keluarga.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pihak penganjur melalui WhatsApp atau Telegram di +6017-4526797. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here