Para peserta berarak sambil memegang plakad dari Sogo pada Himpunan Rakyat Benci Rasuah ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Dataran Merdeka. Foto SADIQ SANI, 25 JANUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) membantah tindakan polis memanggil 13 mahasiswa universiti yang menyertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah pada 25 Januari lalu.

Pengarah Komunikasinya, Haziq Azfar berkata, ini kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi jaminan tidak menghalang himpunan tersebut dianjurkan.

“Tindakan pihak berkuasa untuk memanggil 13 orang individu dalam kalangan mahasiswa yang menyertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah adalah tidak wajar,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, meskipun pihak berkuasa bertindak mengikut prosedur, namun beliau menyifatkan keputusan berkenaan bertentangan dengan dasar dan pendekatan kerajaan.

Semalam Penyelaras mobilisasi penganjur perhimpunan, Tobey Qi-Sean dilaporkan berkata menerima panggilan daripada polis.

Katanya, polis menyenaraikan 13 nama mahasiswa yang dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, jam 1 tengah hari esok.

Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang diadakan pada minggu lalu dihadiri kira-kira 200 peserta.

Kesemua mereka berarak dari pusat beli-belah Sogo ke Dataran Merdeka.

Sebanyak tiga tuntutan dikemukakan kepada kerajaan pada himpunan tersebut.

Tuntutan pertama yang dikemukakan iaitu menggesa kerajaan menyegerakan pemisahan Pejabat Peguam Negara (AGC) daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Tuntuan kedua adalah meminta kerajaan ‘membebaskan’ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada kuasa eksekutif dengan meletakkan entiti itu di bawah Parlimen dan seliaan rakyat.

Manakala tuntutan terakhir ialah menggesa kerajaan menyegerakan Akta Pendanaan Politik di negara ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here