KUALA LUMPUR – Pengacara sensasi, Jihan Muse selamat melahirkan anak ketiga, seorang bayi lelaki hari ini.
Suaminya, Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Ali berkongsikan berita gembira itu menerusi Instagram berkata, bayi mereka diberi nama Ungku Attufayl Adl.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki ketiga, Ungku Attufayl Adl Ungku Hariz Faizal,” tulisnya ringkas.
Pada Disember lalu, menerusi hantaran dalam media sosial, Jihan atau nama sebenarnya, Nur Jihan Musa, 42, menafikan dirinya sudah bersalin seperti tersebar di TikTok.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga sejak Mac 2016 telah dikurniakan dua anak lelaki Ungku Arsalan Haq, 7, dan Ungku Altamis Barr, 3.- MalaysiaGazette