KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa untuk terus dijulang bagi memacu pembangunan bersama.
Katanya, dalam mengejar arus pembangunan, keharmonian dan perpaduan, perlu diutamakan dengan tidak melupakan pembentukan kestabilan pentadbiran negara.
“Ini selaras dengan konsep Madani yang menuntut kita semua untuk menggenggam erat tali permuafakatan dalam menjayakan agenda pembangunan dan kemajuan negara, baik untuk hari ini dan juga hari mendatang.
“Selamat menyambut ulang tahun buat seluruh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,” katanya menerusi hantaran di Facebook sebagai ucapan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan, hari ini.
Perdana Menteri turut mengharapkan agar kesatuan dan kebersamaan yang dikecapi ketika ini akan terus berkekalan. – MalaysiaGazette