Ahmad beramah mesra dengan masyarakat setempat dalam program bertemu rakyat Parlimen Pontian di Dewan Serbaguna Benut, Pontian, hari ini.

PONTIAN – Kementerian Kerja Raya (KKR) akan berusaha menyiapkan 550 projek pembinaan yang sedang dalam pelaksanaan mengikut jadual yang ditetapkan pada tahun ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tumpuan akan diberikan kerana pelaksaan projek-projek itu yang bernilai berbilion ringgit untuk merancakkan ekonomi dan menyelesaikan isu rakyat.

“Saya akan minta pengarah JKR di setiap negeri selaku penyelia projek meneliti prestasi projek terkini supaya tidak timbul kelewatan dan projek dapat disiapkan mengikut jadual.

“Terdapat 27 kementerian lain yang merupakan pelanggan KKR antaranya Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan.

“Pembinaan sekolah, kem tentera, balai polis, hospital dan bangunan guna sama antara projek ‘in hand’ atau di dalam tangan KKR. Ia bermaksud projek ini sedang berjalan namun belum siap tetapi masih mengikut jadual,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian pada program bertemu rakyat Parlimen Pontian di Dewan Serbaguna Benut, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahmad berkata, KKR akan menggunakan sebaiknya peruntukan pembangunan sebanyak RM9.3 bilion yang diterima dalam Belanjawan 2025.

“KKR menerima peruntukkan pembangunan terbesar berbanding 28 buah kementerian lain. Tetapi itu peruntukan pembangunan, kalau peruntukan keseluruhan Kementerian Pendidikan.

“Oleh itu, pertama kita ingin selesaikan peruntukkan pembangunan yang diberikan dan pastikan tidak berlaku kelewatan yang akan membebankan rakyat,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here