Tangkap layar video tular menunjukkan seorang lelaki menampar muka isterinya di hadapan sebuah pusat beli-belah di Sepang dalam kejadian pada Disember 2024.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita yang ditampar dalam kejadian tular di sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, Sepang, Selangor, disember lalu telah ditahanĀ  polis.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, suspek berusia 50-an itu ditangkap sekitar jam 10 pagi tadi.

“Polis telah berjaya menahan suspek di hadapan Klinik Fuziah, Kota Warisan bagi siasatan lanjut

“Suspek akan ditahan reman esok (Ahad),” katanya dalam kenyataan secara ringkas hari ini.

Penahanan dilakukan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Dalam video itu wanita berkenaan dilihat berjalan keluar dari pusat beli-belah terbabit sambil memegang plastik sebelum bertemu dengan suspek di hadapan pintu masuk.

Secara tiba-tiba, lelaki berkenaan menampar muka wanita itu di khalayak ramai sambil memarahi mangsa sebelum mereka keluar dari premis tersebut.

Adik wanita itu telah membuat laporan polis susulan kejadian tersebut.

Selepas kejadian itu tular, lelaki terbabit telah membawa keluarganya tidur di Nilai, Negeri Sembilan sebelum menghantarnya pulang.

Suami mangsa bagaimanapun keluar semula dari rumah dan tidak pulang dipercayai takut ditahan pihak polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here