KUALA LUMPUR – Remaja perempuan dipercayai hilang selepas keluar dari tempat kerjanya di Restoran Hafiz Tomyam, Lot 1605, Jalan Telok Kapas, Rantau Panjang, Klang pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan tersebut pada jam 12.34 tengah hari.
Menurut beliau, remaja berusia 20 tahun itu bernama Nurwahida Ismuzi.
“Butiran orang hilang adalah, tinggi 153 cm berat 70 kilogram (kg), putih, bertuduh, mata bulat,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi polis dengan segera untuk membantu siasatan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan orang hilang ini boleh menyalurkan maklumat ke IPD Klang Utara di talian 03-3291 3344.
“Atau mana-mana balai polis yang berhampiran atau berhubung terus dengan Penolong Pegawai Penyiasat kes Sjn Nor Azrizal Nor Ismail di talian 019-6474043 bagi membantu siasatan,” katanya lagi.-MalaysiaGazette