S Muguthan ditemukan lemas di Air Terjun Lata Tebing Tinggi.

LARUT – Keriangan bermandi-manda bersama rakan bertukar tragedi apabila seorang remaja lelaki ditemukan lemas di kawasan rekreasi Air Terjun Lata Tebing Tinggi, di Jalan Menteri, Selama, dekat sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai S Muguthan dan berusia 17 tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 4.53 petang.

Katanya, sejurus selepas itu lima anggota berserta pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama diatur gerak ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Remaja lelaki itu telah dibawa naik oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

“Pasukan bomba telah memberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa, namun tiada respons,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Menurut Sabarodzi, pasukan perubatan kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Syed Mohammad Firdaus Syed AL-Hadi itu tamat pada jam 5.50 petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here