WASHINGTON – Helikopter Black Hawk didapati “terbang terlalu tinggi” ketika ia bertembung dengan pesawat penumpang yang sedang menghampiri landasan Lapangan Terbang Negara Ronald Reagan, baru-baru ini.
“Ia (helicopter) terbang melebihi had 200 kaki. Ia tidak sukar untuk difahami, bukan???”, kata Presiden Donald Trump melalui Truth Social.
Sedangkan, ketinggian maksimum yang dibenarkan untuk penerbangan merentasi Sungai Potomac berhampiran Lapangan Terbang Nasional Reagan ialah 200 kaki.
Data dari Flightradar24 merekodkan helicopter itu berada pada ketinggian 400 kaki sebelum nahas berlaku.
Pada sidang akhbar di White House pada hari Khamis, Trump berkata, terdapat beberapa amaran sebelum perlanggaran di udara, “tetapi sangat, sangat lewat.”
Trump juga menyatakan bahawa terdapat “masalah juruterbang” dari sudut pandangan helikopter.
Hanya beberapa jam selepas perlanggaran, Trump bertindak balas terhadap kemalangan di Truth Social: “Mengapa helikopter itu tidak naik atau turun, atau berpusing. Mengapa menara kawalan tidak memberitahu helikopter apa yang perlu dilakukan dan bukannya bertanya sama ada mereka nampak kapal terbang”.
Ketika kejadian, pesawat American Airlines membawa 60 penumpang dan empat anak kapal, manakala tiga askar Amerika Syarikat berada dalam helikopter Black Hawk.
Tiada mangsa terselamat dalam tragedi itu.
Sehingga petang Khamis, lebih 40 mayat telah ditemui daripada serpihan, lapor media tempatan. – Agensi