Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed

KUALA LUMPUR – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyasarkan untuk melatih 1,000 jurulatih baharu menjelang Jun depan dalam usaha memperkasakan keupayaan latihan pertahanan awam di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed berkata penambahan jumlah jurulatih itu bertujuan melatih 150,000 warga baharu serta orang awam dengan ilmu asas pertahanan awam.

Katanya, bagi mencapai sasaran itu, APM memerlukan lebih ramai jurulatih yang terlatih dan berkemahiran tinggi kerana dengan ekosistem sedia ada, mereka hanya mampu melatih sekitar 33,000 peserta setahun.

“Menambah jurulatih juga adalah quick win untuk memperkasakan sebahagian daripada ekosistem pertahanan awam negara dan memastikan masyarakat kita lebih bersedia untuk menghadapi risiko atau ancaman bencana.

“Penambahan jurulatih juga akan membolehkan APM bekerjasama dengan institut latihan serta agensi kerajaan lain bagi melatih dan menyebarkan kesedaran keselamatan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Kolaborasi ini adalah kunci untuk memperkasakan pertahanan awam di negara ini, terutamanya di kawasan yang terdedah kepada risiko bencana alam dan ancaman keselamatan,”.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Sasaran +1000 Jurulatih di Bangi hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Khairus Masnan Abdul Khalid, berkata  inisiatif berkenaan penting bagi memastikan APM dapat melaksanakan latihan secara konsisten tanpa sebarang gangguan.

“APM harus mengikuti arus perubahan atau melaksanakan satu game changer bagi mencapai dan selarikan usaha dengan nilai-nilai Malaysia MADANI.

“Dengan adanya lebih ramai jurulatih, lebih ramai dapat menerima latihan asas sekali gus meningkatkan tahap kesedaran dan keupayaan mereka dalam menghadapi situasi kritikal,” katanya – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here