Tangkap layar akaun palsu yang menggunakan nama Rosmah. Ihsan Foto : FB Datin Seri Rosmah Mansor

KUALA LUMPUR – Isteri kepada bekas Perdana Menteri Keenam, Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau masih lagi isteri sah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rosmah menafikan dakwaan sebuah akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya dan maklumat kononnya beliau adalah bekas isteri Najib.

“Sila ambil perhatian bahawa akaun Facebook Rosmah binti Mansor ini bukanlah akaun tulen saya.

“Dan saya masih lagi isteri kepada Datuk Seri Najib Razak. Jangan buat fitnah,” katanya dalam satu hantaran, hari ini.

Beliau turut berkongsi tangkap layar akaun palsu berkenaan dalam hantaran itu.

Tambahnya, beliau hanya mempunyai mempunyai satu akaun Facebook dan satu akaun Tiktok sahaja iaitu masing-masing di pautan https://www.facebook.com/Rosmah2022 dan https://www.tiktok.com/@rosmahmansor2022?_t=ZS-8tbIcBln1AF&_r=1. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here