Seorang lelaki maut selepas terbabas sebelum merempuh sebuah kereta di Lebuhraya Pantai Timur 1, hari ini.

KUANTAN – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan merempuh belakang kereta Perodua Bezza dinaiki sepasang suami isteri di Kilometer 198.8 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dari Kuantan menghala ke Temerloh hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata,  mangsa, Mohd Hafizul Kamaruzaman, 37, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dalam insiden pukul 12.30 tengah hari itu.

“Siasatan awal mendapati Perodua Bezza yang dipandu wanita berusia 29 tahun itu bersama suami berhenti di lorong kecemasan arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.

“Ketika pemandu berhenti di lorong kecemasan, tiba-tiba datang mangsa  dari arah belakang hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang kereta berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Zahari berkata, mangsa meninggal dunia  akibat kecederaan parah, manakala pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami kecederaan.

Kes masih dalam siasatan lanjut dan  disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here